Saturday, September 4, 2010

langkah-langkah menjaga kenderaan

TIPS PENJAGAAN KERETA
PERIKSA SECARA VISUAL KENDERAAN ANDA SEBELUM MEMANDU
Tayar kereta                                       
Periksa secara visual tayar kenderaan anda.Pastikan tayar kenderaan anda tidak
Terdapat bendasing atau benda yang tidak sepatutnya pada tayar anda seperti paku
Dan sebagainya.Sekiranya terdapat paku,jangan cabut paku tersebut.Seeloknya bawalah kenderaan anda ke kedai yang menyediakan perkhidmatan menampal tayar.

Periksa angin tayar kenderaan anda mengikut spefikasi yang ditetapkan oleh pihak pengeluar tayar atau kenderaan anda
                                                                                          
Periksa ketebalan bunga tayar kenderaan anda.Ketebalan bunga tayar mempengaruhi kecekapan anda memberhentikan kenderaan serta mengawal kenderaan dalam apa jua keadaan.Tayar kenderaan juga mestilah tahan lasak untuk menangani tekanan serta permukaan jalan yang tidak rata.Tayar juga member keselesaan kepada pemandu dan penumpang.

Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:
·         Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus .Tayar begini mudah tergelincir,terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensetif dari segi kecengkaman.Dalam keadaan basah kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.
·         Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan ,keselesaan ,kawalan dan ekonomi.Membrek dengan mengejut juga boleh menyebabkan tayar tergelincir.Periksa tekanan tayar sekurangnya dua kali sebulan,ketika tayar dalam keadaan sejuk.Pengeluar juga menekankan tekanan tayar kepada pemandu.
·         Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak.Tukar atau perbaiki secepat mungkin
·         Segera baiki tayar yang tidak normal.Biasakan memeriksa tekanan tayar ,penjajaran roda dan pusingan roda.Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju,membrek sengaja mengejut,dan mengambil selekoh secara berbahaya.
·         Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.
·         Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat.Sekiranya ingin membuka atau melonggarkan nat tayar pastikan membukanya dan mengetatkan secara bersilang bg memastikan ikatan yang sama rata pada rim kenderaan.
·         Jangan biarkan tayar terlebih muatan.Carta berat dan tekanan angin tayar biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum
·         Jangan memakai tayar terpakai sekiranya anda tidak tahu sejarahnya.
·         Pastikan segala peralatan untuk menukar tayar seperti apanar tayar bersaiz 19 atau 21 serta jack sentiasa dalam keadaan baik

Keadaan luaran badan kenderaan

·         Periksa samada badan kenderaan dalam keadaan baik atau tidak.Pastikan semua cermin dalam keadaan baik.Jangan memandu sekiranya cermin kenderaan anda retak kerana ia boleh pecah pada bila-bila masa sahaja
·         Periksa setiap lampu kenderaan anda samada dalam keadaan baik atau tidak.
·         Periksa samada pengelap(wiper)anda berada dalam keadaan baik atau tidak
·         Periksa bahagian bawah kenderaan(undercarriage).pastikan tidak terdapat lelehan minyak atau air dari mana-mana bahagian enjin serta tangki kenderaan
·         Jika terdapat kebocoran,pastikan jenis kebocoran seperti kebocoran minyak pelincir,minyak petrol,minyak gearbox,minyak stering kuasa,minyak brek ataupun cecair radiator
·         Pergi ke bengkel berdekatan sekiranya anda dapat mengenalpasti masalah dan dapatkan nasihat dari bengkel yang bertauliah
·         Sentiasa membasuh kenderaan anda seminggu sekali bagi memanjangkan  jangka hayat badan kenderaan
·         Seeloknya anda diminta melilin(wex) badan kenderaan anda setiap 6 bulan sekali bagi memanjangkan jangka hayat cat kenderaan
·         Cara yang betul untuk mencuci kenderaan ialah

·         Untuk membersihkan enjin,
 Jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidak dapat dihilangkan dengan air.

 Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-eloknya gunakanlah minyak tanah untuk hilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

 Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan
i. tali kipas
ii. paip getah
iii. kabel elektrik.

 Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti
i. alternator (motor penghidup)
ii. generator
iii. gegelung penghidup
iv. pengagih dan lampu
boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas kemudian bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.

Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir jika kurang.

 Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.

Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.

Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk pencucian kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, cat akan cepat rosak.

Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi retak-retak.

Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah.

Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh memakan cat.

Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup. 


Di dalam ruangan enjin

·         Sebelum menghidupkan enjin,pastikan enjin berada didalam keadaan baik.Periksa secara kasar pada enjin anda sekiranya terdapat kesan lelehan minyak atau cecair radiator
·         Jika terdapat kebocoran,lakukan pemeriksaan menyeluruh keatas enjin anda dan segera menghantar kenderaan anda ke bengkel yang berdekatan
·         Sentiasa memeriksa paras minyak pelincir anda.Tarik dipstick dan periksa paras minyak pelincir anda.Pastikan minyak anda sentiasa berada dalam paras high.Jika minyak pelincir anda terlebih dari paras high yang ditetapkan,kemungkinan minyak pelincir tersebut akan keluar melalui pcv valve ataupun salur dipstick itu sendiri.Bagi kenderaan yang menggunakan Carburetor pula,kemungkinan minyak pelincir yang berlebihan akan disedut masuk ke dalam karburetor dan menyebabkan karburetor tersumbat dan kotor
·         Jika paras minyak pelincir anda berada dalam keadaan low,tambahkan minyak pelincir keparas high yang ditetapkan.selepas itu anda diminta untuk menghidupkan enjin untuk beberapa minit dan matikan enjin kenderaan anda.Sila periksa lagi paras minyak pelincir anda.Ini kerana apabila enjin berada dalam keadaan sejuk,(enjin tidak dihidupkan)minyak pelincir biasanya akan berkumpul di dalam takungan yang dipanggil oil sump.Apabila enjin telah hidup dan telah mencapai suhu kendalian,minyak pelincir tadi akan bergerak keseluruh system pelinciran dan kelikatan akan menjadi cair kerana enjin berada dalam keadaan panas.Sekiranya minyak pelincir anda masih lagi tidak mencukupi apabila enjin panas,sila tambah semula sehingga paras yang ditetapkan.
·         Tujuan minyak pelincir ialah melincirkan komponen-komponen yang bergerak didalam enjin dan hendaklah menukar minyak pelincir anda setiap 5,000km bg yang menggunakan jenis mineral dan semi senthetic dan tukar setiap 10,000km bagi yang menggunakan jenis fully senthetic.

Cara menukar minyak pelincir

1.    Hidupkan enjin selama 10 minit sebelum membuang minyak enjin terpakai.Minyak yang panas lebih senang dibersihkan daripada minyak yang sejuk
2.    Letakkan kenderaan di permukaan yang rata dan matikan enjin
3.    Jika kereta anda rendah,tinggikan sedikit dengan menggunakan bicudan sokongnya dengan stabil
4.    Buka hud kereta
5.    Masuk kebawah kereta apabila ia sudah disokong dengan kuat
6.    Kenalpasti lokasi taking pengering minyak dan dibahagian bawah enjin
7.    Longgarkan palam salir dengan menggunakan perengkuh dan letakkan taking pengering minyak di bawahnya
8.    Tanggalkan palam salir dengan tangan untuk mengalirkan minyak panas
9.    Salirkan minyak ke dalam taking minyak
10. Pasang semula palam salir
11. Ketatkan ia menggunakan perengkuh tetapi jangan terlalu ketat
12. Tanggalkan tukup pengisi minyak
13. Letakkan corong di permukaannya dan masukkan minyak baru
14. Tutup pengisi minyak apabila penuh
15. Hidupkan enjin dan periksa batang celup.Tambah minyak apabila perlu


Penapis Udara

·         Periksa penapis udara anda setiap 3000km bagi memastikan ianya sentiasa dalam keadaan baik.Sekiranya anda selalu menggunakan jalan yang berdebu,anda diminta selalu menukarkan penapis udara anda bagi memastikan karburetor anda tidak tersumbat.
·         Tukar penapis udara anda setiap 10,000km atau lebih mengikut yang ditetapkan pengeluar
·         Cara membersihkan penapis udara ialah dengan ketuk atau menghempaskan penapis udara anda ke bahagian yang rata seperti permukaan jalan atau simen bagi mengeluarkan habuk yang kasar.Sekiranya dirumah anda terdapat air compressor ,anda boleh menggunakan tekanan angin keatas penapis udara anda.
·         Tujuan penapis udara ialah memastikan udara yang memasuki karburetor ditapis bagi mengelakkan dari tersumbat.Penapis yang kotor akan menyebabkan kerosakan pada karburetor dan menyebabkan kandungan udara yang disedut masuk berkurangan dan menyebabkan penggunaan minyak petrol yang berlebihan(fuel comsumption)
·         Kebanyakan kenderaan masa kini lebih gemar menggunakan penapis udara racing dimana kita tidak perlu menukarnya tetapi kita hendaklah sentiasa membersihkannya menggunakan cecair khas yang dibenarkan.

Cecair Radiator

·         Periksa system penyejukan anda sekiranya terdapat kebocoran.Buka tudung radiator(radiator cap) untuk melihat sekiranya terdapat cecair atau tidak.
·         Amaran:Jangan membuka radiator cap atau menambah air apabila enjin panas.Ini kerana apabila suhu enjin mencapai suhu kendalian,tekanan didalam enjin akan menjadi tinggi,Ini akan menyebabkan anda melecur teruk sekiranya anda tidak berhati-hati.Sekiranya anda terkena air panas dari radiator,cucur bahagian yang terkena air panas tadi dengan air sejuk dan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
·         Periksa tangki simpanan radiator(reservoir).Pastikan paras cecair mencukupi.Sekiranya tidak mencukupi ,tambahkan air mengikut paras yang ditetapkan.Jangan mengisi air berlebihan kerana ia akan menyebabkan tekanan di dalam radiator akan menjadi tinggi dan menyebabkan enjin terlampau panas(overheat).
·         Sekiranya kenderaan anda menggunakan radiator coolant atau cecair antibeku,sila tambah mengikut spefikasi yang ditetapkan pengeluar.
·         Sekiranya kenderaan anda tidak menggunakan radiator coolant,anda dinasihatkan jangan meletakkan radiator coolant didalam radiator anda kerana ia
akan menyebabkan radiator dan system penyejukan tersumbat.
·         Tujuan system penyejukan ialah memastikan enjin mencapai suhu kendalian dan enjin tidak terlampau panas.
·         Manakala tujuan radiator coolant ialah memastikan cecair tidak beku dan tahan mendidih.

Cecair penggelap(wiper)

·         Pastikan takungan cecair penggelap tidak bocor dan berada dalam keadaan baik.isikan air sehingga penuh dan tutupkan penutupnya.
·         Untuk mendapat kesan yang baik,anda dinasihatkan menggunakan windshield untuk memastikan wiper anda dapat berfungsi dalam keadaan baik apabila hujan.
·         Pastikan wiper anda berada dalam keadaan baik dan tidak rosak.Tukar segera sekiranya wiper anda rosak kerana ia akan menyebabkan kesukaran anda memandu ketika keadaan hujan.
·         Uji dan pastikan corong air berada dalam keadaan baik.

Bendalir brek

·         Buka tudung tangki brek dan pastikan bendalir brek mencukupi.Sekiranya bendalir brek tidak mencukupi,tambahkan bendalir brek sehingga paras yang ditetapkan.
·         Amaran:Sila perhatikan pada tudung bendalir brek jenis bendalir brek anda.Jangan mencampurkan bendalir brek anda.
·         Sekiranya kenderaan anda menggunakan bendalir brek jenis DOT3 anda diminta menggunakan jenis yang sama
·         Sekiranya kenderaan anda menggunakan bendalir brek jenis DOT4,anda diminta menggunakan jenis yang sama.
·         Perbezaan antara DOT3 dan DOT4 ialah Ketajaman bendalir tersebut terhadap komponen system brek.Sekiranya kenderaan anda menggunakan bendalir DOT3 dan anda terletak DOT4.dikuatiri akan berlaku kebocoran pada system brek anda kerana bendalir DOT 4 akan menyebabkan kehausan pada getah-getah(oilseal)system brek.
·         Sekiranya kenderaan anda menggunakan bendalir DOT4,anda boleh menggunakan DOT3,tetapi tidak digalakkan kerana kekurangan sifat ketajamannya.
·         Pastikan Brekpad anda berada dalam keadaan baik.Sekiranya brek pad anda telah haus atau habis,dinasihatkan anda segera menukarnya di bengkel yang bertauliah.
·         Gunakan brek pad yang tulen sahaja.Brek pad tiruan tidak akan beroperasi dengan baik apabila cuaca panas dan menyebabkan brek anda tidak mencengkam dengan baik.
·         Sekiranya bendalir brek terkena pada badan kenderaan,simbahkan air ketempat yang berkenaan,Ini kerana ia akan mengaratkan badan kenderaan .
·         Sekiranya terkena mata atau anggota badan yang lain,cucur dengan air dan segera dapatkan rawatan.

Bendalir clutch

·         Biasanya yang menggunakan bendalir clutch ialah kenderaan yang menggunakan clutch pump bg menggantikan kabel clutch.
·         Jika bendalir cluch telah kurang,hendaklah anda menambahkannya sehingga penuh.Bg kenderaan yang menggunakan kabel clutch,pemeriksaan terhadap kualiti kabel clutch boleh diperiksa,
·         Clutch pump menggunakan bendalir DOT4.

Power Steering Oil

·         Biasanya kenderaan yang menggunakan minyak power steering ialah kenderaan yang menggunakan power steering.
·         Minyak yang digunakan adalah sama dengan minyak automatic gearbox iaitu ATF DEXTRON 2.
·         Sekiranya berkurangan ,tambah minyak power steering sehingga mencapai paras yang dibenarkan.
·         Anda disarankan menukar minyak power steering setiap 30,000km bg memastikan minyak power steering tidak kotor dan tersumbat

Air bateri

·         Buka penutup bateri dan periksa paras cecair bateri.
·         Sekiranya tidak mencukupi,sila tambahkan dengan air suling.
·         Aras elektrolit mestilah ¾ inci daripada paras had atas
·         Bg memastikan bateri sentiasa dalam keadaan baik,sentiasa memeriksa kandungan air bateri setiap kali servis dilakukan
·         Terdapat 2 jenis bateri yang biasa digunakan pada masa kini iaitu sel basah dan sel kering(free maintanance)
·         Sentiasa bersihkan terminal bateri dengan air panas dan ketatkan kepala bateri
·         Anda dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa tahun bateri serta berapa jumlah voltage bateri sebelum enjin dihidupkan serta selepas enjin dihidupkan bg mengetahui keadaan bateri serta alternator


Minyak automatic gearbox


·         Bagi yang menggunakan kenderaan automatic,cara memeriksa minyak automatic gearbox ialah dengan cara 2 kaedah
·         Ketika enjin sejuk,tarik Dipstick minyak autimatik dan perhatikan paras cool level pada dipstick.
·         Hidupkan enjin dan biarkan enjin mencapai suhu kendalian
·         Ketika enjin hidup,tarik dipstick minyak automatic dan periksa pada paras hot pula.pastikan parasnya mencukupi.
·         Minyak yang digunakan adalah jenis ATF Dextron2

Minyak Gearbox Manual

·         Bagi yang menggunakan kenderaan manual,minyaknya tidak sama dengan minyak automatic gearbox.
·         Minyak yang digunakan adalah SAE80 ataupun SAE90.
·         Cara melihat paras minyak gearbox manual ialah dengan cara membuka filler plug pada gearbox.Sekiranya filler plug sudah dibuka dan minyak gearbox manual keluar melalui lubang filler,maknanya minyak adalah mencukupi.
·         Sekiranya setelah Filler plug sudah dibuka tetapi tiada minyak keluar melalui filler plug,tambahkannya sehingga meleleh keluar
·         Tutup filler plug dan start enjin,Pastikan tiada kebocoran yang berlaku.


Minyak Transaxle(gandar belakang)

·         Bg kenderaan yang menggunakan pacuan belakang seperti van dan kenderaan perdagangan berat,terdapat gandar dibelakang yang perlu ditukarkan minyak setiap 40,000km.
·         Jenis yang digunakan ialah SAE140.Ini berbeza dengan minyak gearbox manual dimana ia menggunakan SAE80 ataupun SAE90
·         Cara menukar minyak gandar belakang ialah sama seperti cara menukar minyak gearbox manual

Tali sawat pemacu

·         Talisawat pemacu perlu diperiksa selalu(sekali sebulan).Jika ia kelihatan haus,nipis atau merekah,tukar kepada yang baru.
·         Jika talisawat pemacu longgar,anda diminta mengetatkannya sehingga 0.5mm
·         Jangan ikat terlalu ketat dan terlalu longgar kerana jika ia terlalu ketat akan menyebabkan komponen cepat rosak dan jika ia terlalu longgar akan menyebabkan belt akan terlepas dan berbunyi bising.
·         Seeloknya tukarlah belt kereta anda setiap 30,000km
·         Anda juga boleh melihat kerosakan pada talisawat kenderaan anda seperti retak,terkoyak,dan merekah
·         Jika anda dapati semua tanda ini terdapat pada talisawat anda,sila tukar talisawat anda.
·         Cara pemasangan tali sawat ialah tulisan mestilah berada di hadapan anda dan anda boleh membaca tulisan itu
·         Pada tali sawat tersebut,terdapat saiz dan ukuran tertulis pada talisawat tersebut bg memudahkan pengeluar serta pembekal mengetahui saiznya tanpa perlu mengukurnya

Palam pencucuh(spark plug)

·         Biasanya anda perlu menukar palam pencucuh anda setiap 10,000km ataupun bergantung kepada jenis pengeluar kenderaan tersebut
·         Palam pencucuh yang sudah lama tidak di tukarkan akan memberi kesan kepada prestasi enjin dan akan menyebabkan penggunaan bahan api yang tinggi.
·         Sentiasa periksa selaan ataupun kelegaan palam pencucuh anda bagi memastikan ianya berada pada prestasi yang terbaik
·         Cara menukar palam pencucuh ialah

1.    Matikan enjin kenderaan
2.    Cabut kabel palam pencucuh dengan berhati-hati bagi memastikan kabel tersebut tidak putus dan rosak
3.    Tandakan setiap palam pencucuh mengikut aturannya
4.    Gunakan peralatan yang sesuai untuk membuka palam pencucuh
5.    Buka dan keluarkan palam pencucuh yang lama
6.    Engkol(crank) engine anda bagi memastikan pengeluaran karbon lama yang berada didalam silinder selama beberapa saat
7.    Pastikan sebelum memasang palam pencucuh yang baru,anda dikehendaki melihat dahulu kelegaan pada palam tersebut
8.    Pasang dan ikat palam pencucuh mengikut kekuatan yang sama rata dan ditetapkan oleh pengeluar
9.    Pasang semula kesemua kabel palam pencucuh mengikut aturannya
10. Hidupkan enjin dan perhatikan perubahannya

Ruangan Dalam kenderaan

·         Sentiasa vakum kenderaan anda daripada habuk bagi mengelakkan sistem penyaman udara anda cepat rosak
·         Sentiasa meletakkan gris pada ensel pintu kenderaan
·         Sentiasa meletakkan gris getah pada getah tingkap kenderaan bagi memastikan ianya tidak tersangkut
·         Periksa Getah-getah pintu anda samada berada dalam keadaan baik ataupun tidak.Ini kerana getah pintu bertindak sebagai komponen yang menyingkirkan air daripada masuk kedalam badan kenderaan
·         Jika kenderaan anda mengunakan center lock,pastikan ianya berfungsi dengan baik
·         Periksa kesemua suis yang berada didalam kenderaan berfungsi dengan baik dan elok
·         Anda diminta untuk menservis sistem penyaman udara  kenderaan 2 tahun sekali bagi memastikan jangka hayatnya bertambah






No comments:

Post a Comment

Post a Comment